20120603

Babak 1

KEMELUT

Cinta,
Cinta cinta dan cinta. Aku masih mentah untuk segalanya. Panjang lagi masa untuk aku memikirkan tentang hal cinta. Mungkin sembilan-belas orang kata dah matang untuk fikirkan tentang cinta. Bagi aku, rasanya aku masih belum bersedia dengan sepenuh nya dalam meneruskan hubungan yang serious. Fikiran aku belum menjangkau sembilan-belas, mungkin fizikal ya sudah. Harap anda faham dan mengerti. 

Persekitaran,
Persekitaran setakat ini Alhamdulillah baik baik sahaja walaupun ada juga masalah. Masalah yang boleh diselesaikan dengan cara baik dan tidak perlu pertengkaran dengan pihak lain. Anggap saja itu sebagai pengajaran hidup pada masa akan datang. InsyaAllah ia akan membantu sedikit sebanyak yang mungkin. 

Identiti,
Masih mencari dan terus mencari. Maaf aku tiada pendirian tetap. Itu aku yang orang lain tak boleh ubah selain diri aku sendiri. Selagi aku tiada usaha untuk mengubah diri aku, selagi itu aku akan berada di takuk yang lama dan tidak akan pernah berjaya dalam hidup sendiri. Aku menyesal kerana dulu malas belajar dan kini terlalu menyesal sehingga tiada semangat untuk meneruskan lagi pembelajaran. Maaf tidak terkata kepada kedua ibu bapa yang di sayangi kerana tidak pernah dapat membanggakan diri anda berdua. Terlalu sedih, Ya tak dapat di nafikan. Akan tetapi aku akan terus berusaha untuk mencuba berjaya. InsyaAllah.

Janji,
Janji yang pernah di taburkan dulu, janji yang akan di taburkan kemudian. Ke mana agak nya segala janji yang pernah kita taburkan tetapi tidak pernah di tunaikan? Masih kah kau ingat akan segala janji yang pernah di taburkan? Diri ini telah terikat dengan segala janji yang dulu di taburkan. Dengan harapan akan di tunaikan pada suatu hari nanti. Tiada niat untuk mengungkit akan tetapi hanya mengingatkan sesama sendiri. Terlalu berharap dan jangan sampai harapan yang diharap itu berkecai dengan begitu sahaja. Pasti ia akan meninggalkan kesan yang amat mendalam.

"Dengar lah bisikan hati ku ini, tidak memaksa dan tidak pula di paksa untuk melakukan apa saja. Diri ini hanya mampu berdoa untuk meneruskan hidup ini dengan sempurna dan baiknya. Moga tiada apa yang menghalang untuk aku menggapai segala impian yang diharapakan. Amin (':" -ss
sincerely,
ss