20120604

Babak 2


Sempurna

"Cerita yang tak sempurna, Apakah alasannya. Siapakah di hatinya, Bahasaku, Mungkin tidak seindah. Lafaz kata pujangga, Namun ku bersumpah. Rela ku tunggu, Jawapanmu. Masihkah aku ada, Di hatimu saat ini. Biar tubuhku kan terpaku, Biar jasadku. Tak bernyawa lagi, Sampai nanti" -Cerita Dia.
Tidak pernah aku menjangkakan bahawa semua ini akan terjadi. Tidak pernah juga aku menjangkakan bahawasanya aku begitu setia untuk menunggu nya. Tidak pernah juga aku menjangkakan bahawa aku tidak boleh melupakannya begitu sahaja.

Aku tahu aku sudah menyakitkan ramai orang, aku sedar cuma aku tidak berani untuk menjadi sekuat yang aku mampu. Huish rasanya ini lah pertama kali nya aku berperasaan begini. Hubungan yang terjalin selama setahun lebih mungkin tak dapat aku lupakan walaupun semua nya adalah pahit. Tetapi ia tetap manis bagi ku. 

Tiada dalam kamus hidup aku perkataan "move on". Cuba lah cari sampai ke lubang cacing pun tetap tak akan ada. Seriously, aku sendiri tidak tahu apa yang merasuk ke dalam minda aku. Nak kata terkena "mandrem" tidak pula kot. Nak kata "buatan orang" lagi lah tidak. Hmm entah lah.

Hanya mampu berserah dan berdoa agar semuanya baik-baik belaka di masa akan datang. Ingin aku memohon maaf di atas segala keterlanjuran kata atau perbuatan terhadap kalian semua jika ada yang masih terasa sehingga sekarang. MAAF KAN SAYA.

Sincerly,
ss