20140720

Kalau,

Tolong, 
Aku mohon kau jangan tinggalkan aku. Aku tak boleh kalau berjauhan. Aku bukan yang setia orang nya kalau berjauhan. Hm, aku jadi patah hati bila kau nak berjauhan nanti. Sumpah hati aku sayu pilu sakit tak terperi bila dapat tahu apa hajat kau. Bukan aku nak halang, tapi aku mohon buat la keputusan dengan baik sekali. Kalau betul kau mahu juga pergi, kasi tahu awal-awal. Supaya aku boleh siap awal pasal perasaan yang akan mendatang. Aku tak sanggup kalau dapat tahu bila dah sampai masanya. Makin membengkak la mata jadi apa pun aku tak tahu. Katanya, kalau jodoh ada, adalah. Tapi aku nak kau. Cuma kau. Hm, tak mengapalah. Apa pun aku sokong apa saja keputusan kau. Aku tak mampu halang kau. Siapa je aku nak halang kau untuk pergi, kalau keputusan kau dah muktamad kasi tahu awal. Sumpah aku kata kasi tahu awal. Aku tak sanggup. Punya sangat tak sanggup. 




Kalau bukan jodoh, maafkan segala salah silap, ketelanjuran kata, kekasaran bahasa, kebiadapan perangai. Terima kasih sebab pernah buat aku tersenyum gembira. Terima kasih sebab boleh sabar dengan perangai aku. Terima kasih tak terhingga :')

20140719

Salah siapa?

salah siapa tangan saling melepas?
saling melupa padahal hati tak pernah ikhlas.
salah siapa bibir saling memaki?
saling membenci melebur hati sendiri
salah siapa mata menatap sinis?
saling memendam tangis meski hati teriris.
salah siapa kita tak bahagia?
jika ego dan prasangka terus dipuja-puja.

20140718

Kosong.

Apa yang kau mahu, semua ku beri. Apa yang kau mahu, mahu apa lagi?
Bukan aku tak nak tolong. Sayang, sampai bila?
Kalau macam ni gayanya, 3tahun berturut aku kene buat kerja double.


Macam tu? Apa yang aku dapat?





Kosong :/

20140716

Padan muka.









Untuk julung kalinya, kau kecewakan aku lagi. Tapi aku tak tunjuk. Membakar dalam diri ni membuak-buak. Jadi tak luak. Siapa je yang nak pujuk? Siapa yang nampak? Tade siapa.







Tahu dia nak cederakan aku. Lagi.
Balasannya aku 3 bekas kuku yang carik dan bagi kau.


Tamat.

20140715

Ikhlas tapi...

Aku tak sihat? Ya, memang aku tak sihat. 
Aku membengkak di dalam. Memberontak bagai nak jahanam. 

Itu EGO aku paling kuat setakat ni. Suka main pendam pendam. Nak terus terang. Tapi makan masa sebab aku sayang. Tak sanggup nak buat semua tu. Nanti dia kata aku sampai hati buat dia begitu. Sedangkan kalau dia punya pikir 10 kali nak buat aku begitu rupa atau tidak. Alasan kalau bagi memang nak kalahkan aku saja. Tak fikir aku punya pikir lebih dari 10 kali kau punya pikir. Punya nak jaga hati engkau yang satu. Kadang bila fikir balik bodoh jadinya. Tapi benda dah jadi. Nak buat macam mana.

Aku tengok muka kau, aku menangis.
Serious punya air mata keluar. Bukan paksa tapi ikhlas dari hati. Aku tengok muka kau, aku berdoa agar kau yang terakhir dan permudahkan segala urusan dunia akhirat. Aku tak minta lebih, cuma nak kau sedar semua korban aku untuk kau. Sebab kau terlalu bergantung dengan aku. Dan aku runsing kalau aku dah takde nanti. Dengan siapa kau nak bergantung lagi? Kekadang aku habis perah, kau begantung aku habis aku nak bergantung siapa? Aku kecewa seketika. Tapi aku kuat kan juga. Tabah kan hati kasi jangan basi. Aku selalu nasihat diri sendiri supaya selalu kuat. Supaya tak rapuh. Supaya jangan senang jatuh kan air mata. Kasi sorok sikit kalau tak kuat pun. 

Lepas bulan 9,
Aku tak tahu apa akan jadi. Aku redha kalau rezeki tak menyebelahi aku. Dari sekarang aku kene biasakan jarak yang bakal aku hadapi. Kalau asik cerita pasal cinta, pelajaran ntah ke mana. Tak boleh gak sebenarnya. Nak kata aku serik, tapi aku sayang. Semua sebab sayang. Tapi aku takut, tak di hargai. Sebab cara pengahargaan yang di beri bukan seperti kehendak aku. Aku tak tahu mana nak luah. Cuma, Tuhan.

20140714

Mana nak luah?

B tak nak b sakit kan hati sayang.
Ayat memang manis. Tapi aku ni jenis yang tak makan manis. 
Aku sakit aku pendam. Sampai sendiri membengkak dekat dalam.

Tak reti nak terus terang, sebab pesen aku biar aku sendiri membengkak kat dalam. Tu kira korban aku untuk kau la setakat ni. Tak nak kau tahu apa aku tahu. Biar kau yang menguasai. Tengok jauh mana boleh pergi. Banyak makan hati sakit. Ish, tapi memang pesen aku la kalau bab pendam memendam ni. Jangan tanya kenapa. Cuma suka. Lama-lama okay la. Tapi, kalau ingat balik jadi sakit hati sendiri, dada mencucuk cucuk sakit. HAHA *padan muka kau Shiza*

Lepastu, baran kau aku ikutkan saja. Aku gugur kan ego aku kalau sampai tahap baran kau yang aku sendiri takut nak tengok kadang-kadang. Kalau aku ikut ego aku juga, menjadi jadi la baran kau tu. Masing-masing tak nak ngalah. Baik aku yang ngalah. Kan? 

Lagi satu pesen aku, aku tak tahu kenapa tapi apa yang aku perasan aku sering kali kenal dengan lelaki yang ada baran ni. Lepastu jatuh hati dengan lelaki baran ni. Entah kenapa tah walaupun aku tahu, last last aku akan jadi penakut. Tapi aku tertarik dengan baran punya perangai. Lepastu sendiri sakit. HAHA, suka bebeno cari penyakit Shiza ni. 

Tak semua benda aku reti luah guna cara. Aku banyak luah guna doa dalam solat aku saja. Bukan nak riak, cuma nak cerita atau kasi tahu je. Pengalaman mengajar. Tapi aku je tak makan ajar. Macam macam cerita silam mengajar. Tapi tak reti nak amik iktibar. Susah. Tak kuat agaknya. Didikan tak cukup. Kekadang boleh patah macam tu je. Rapuh sangat. Hmm entahlah. Biarlah.

Dah jadi habit. Kalau couple, penyakit cari sendiri sakit sendiri pastu tak tahu mana nak luah. Kalau luah kawan, jadi batu api kadang-kadang. Tak pun jadi bahan ngumpat blakang. Baik sangat mulut aku ni nak bercerita semua benda kat orang. Niat aku nak bercerita kongsi, dah nama pun "kawan". 

Tapi, pesen "kawan" zaman sekarang cakap belakang pasal "kawan" sendiri. Tak kira pasal apa. Kutuk sana sini. Kau ingat aku kebal sangat ke nak tanggung semua benda? Macam tade perasaan atau hati perut langsung.  Tapi apa boleh buat? Lumrah dunia. Kadang kita atas, kadang kita bawah kan? Terima saja lah.

Cakap banyak pun tade guna, sebab semua bermula dari dalam diri sendiri. Tinggal pilih nak jadi mana, jahat ke baik. Kan? 

20140711

Kau yang satu.

This is me.
This is how I live.
This is what I want it to be.
It's complicated, but yet Alhamdulillah syukur.


Aku dapat apa yang aku mahu.
Bukan nak berlagak, cuma nak bagitahu.
DIA aku yang punya. Terima kasih.

Walaupun tak berapa nak public, aku nak korang tahu. Aku sayang dia. Biar la apa orang nak kata. Mulut orang tak boleh nak tutup semua.Aku cuma mengharapkan yang terbaik. Kalau dah dia yang satu. Aku terima seadanya.

Ya, Allah. 
Kalau betul dia jodoh aku, rapat kan aku dengan dia dengan cara yang baik. Kalau dia bukan jodoh aku, jauh kan aku dengan dia cara yang baik juga.
Amin, 

20140213

--Dia // Kau.


Dia punca gua bangun pagi tersenyum. 
Dia punca gua tidur dengan lena. 
Dia punca gua sakit rindu. 
Dia punca gua tersenyum sengih. 
Dia punca gua jadi tak keruan. 

Dia adalah dia yang mampu buat pada aku sebegitu rupa. 
Hanya dia. Cuma dia. Dia. 

--Dia.

Tuhan kuatkan lah diriku, untuk melupakannya.
Terima kasih untuk dia, walau seketika.

Jika bukan dia jodoh ku, jauhkan kami.
Dengan cara yang baik-baik, bukan mati.

Setelah sekian lama tak menangis sebab orang yang di sayang.
Baru semalam ia berguguran tanpa menahan-nahan sayang.

--Andainya kau tahu.

20140121

Less Friends = Less Issues


Kurang kawan memang kurang masalah.
Sebab ramai sangat kawan pun serabut. Macam housemate aku ni, termasuk aku 5 orang. Masing-masing bukan calang-calang perangai. Aku pula jenis yang malas nak gaduh, dan asik nak jaga hati dorang. Tapi bila sampai diri sendiri hampasss. HAHA takde sapa nak dulik. Semua buat hal sendiri. Meoww~

Aku nampak kau dari jauh.
Itu pun dah cukup rasanya bagi aku. Sebab aku rasa bersalah juga dalam hal ni. Tapi tak juga. Entah la, sebab katanya dia akan faham situasi aku dan akan jaga perasaan aku. Tapi benda dah nak jadi en? Apa boleh buat? Buat bodoh saja la. Kau mulakan, last sekali makan diri. Minta minta la beringat pada diri sendiri apa yang dah kau lalui. Anggap semua ni pengajaran bagi kau. 

Esaimen.
Esaimen tu apa? Ia adalah sejenis kuih yang perlu di perah initinya bagi segala intinya keluar dan menjadi la kuih kosong. Apak ngarot habis, haha. Hmm, this sem is ze loooonnnggg sem. Long sem ni juga adalah subjek pilihan daripada Teeside Uni dekat United Kingdom (UK) sana. Haa, bukan calang-calang subjek. Lagi membuatkan aku cuak, segala esaimen perlu di submit pada lecturer dekat UK sana. Perghh, cuak siak. Seram seriau pun ada. Apapun ku hanya berserah pada Mu ya Allah untuk permudahkan segala urusanku di dunia dan akhirat. Aminnn,

20140120

2014: Dunia Kampus


"Setiap orang mempunyai sama warna rambut, tapi lain hati."

Yeah. Sejak aku masuk dalam dunia berkampus ni, macam macam berlaku. 
Paling ketara dalam dunia berkawan. Banyak betul dugaan.

Aku datang dengan "keamanannn"...
HAHA even aku datang dengan "keamanan" pun aku macam pelik gila sebab ada yang dengki. Dengki pasai pa pun tak tahu lah, padahal aku tak pernah cakap belakang pasal mereka pun. Ahh, tak mengapalah. As long as aku tak kacau hidup dorang sudah, biaq pi ah depa nak kata pa.

Even roommate aku pun ada pelbagai jenis perangainya.
Ada yang aku ngam, ada yang tak. Maksud aku bukan aku tak ngam dengan semuanya. Aku okay saja dengan dorang semua. Cuma perangai sesetengah antara mereka.  Kalau aku tak boleh nak ngam, aku diam kan saja. Kalau aku sekepala aku masuk saja. Tapi banyak aku masuk. Yang tak masuk tu, aku buat bodoh je. Nak mengomen kan semua banyak terasa, lepas tu masam muka. Macam hape. Tak serupa 21 umur semuanya.

Enough about "friends".


Kalau post mesti pasal depressed atau sedih-sedih.
Aku pun tak tahu kenapa. Mungkin sebab kalau aku post happy-happy orang dengki. Lepastu orang akan banyak tanya kat aku pasal apa kau happy. Aku malas nak berbicara. Sebab sejak aku masuk dunia berkampus ni aku banyak mulut. At the end, aku sendiri yang terkapai-kapai dan masuk perangkap sendiri. Dan kebanyakkan nya dorang tak nak pun dengar apa yang aku bicarakan. Ye ah, mana tak nya. Punya semangat aku bercerita, boleh dorang menyembang out of my topic. Hell yeah, HAHA.

Sakai, Shiza sakai.
Nahhh here goes to the guy yang tak habis nak maki. Bukan apa, siapa yang tak hangin kalau perempuan kene maki gila vavi. Perempuan tu dah reply sehabis baik tanpa niat nak gaduh, tapi laki tu melenting bagai nak gila. Lepas dah gaduh apa semua, bila tak reply kata gelabah la pengecut la apa la. Eh, macam macam. Lepastu esok nya minta maaf balik. Macam batak sangat je perempuan tu nak maafkan dia en. Lepastu lepastu dia macam tade respect dekat perempuan tu. Lepastu entah ah, sakit pula hati kita mengingatkan nya kembali. Biaq pi la, haaa.

Aku je ke yang rasa rindu dekat dua orang adik aku?
Ke dorang langsung tak ingat aku pun, selalu macam ni la. Aku akan menagih simpati, yeah. Memang akan nampak seperti menagih simpati. Sesimpati habis. Dah terbiasa mungkin. Apa boleh aku buat. Yang Lia nya entah mana hilang. Text tak reply apa semua. Tetibe saja Whatsapp hilang. Twitter hilang. Malas nak tanya Fahim. Confirm dia jawab "Ada je tu. Text je dia." bila aku tanya Faiz, Faiz pun jawab benda yang sama. Aku malas ah nak tehegeh-hegeh dah kalau macam tu. Yang si Arool toksey kata apa ah, dia ada je. Tapi aku tak rasa dia perlukan aku. Dan aku tak rasa dia suka ada kakak macam aku. Ada lagi kakak yang HOT kat luar sana yang dia ngam agaknya. Entah la. Asik pikir pasal dorang je, ada dorang pikir pasal aku? Tunggu birthday je la nanti baru dapat wish, dengan Hari Raya. Tu je la KOT. Itu pun kalau ada la. Kalau takde, takde ah. Sad life kan? Hahhh,

2014

So, dua ribu empat belas aku mengharapkan yang terbaik.
Tapi tengok lah macam mana, dunia berkampus Degree pula tu. Memang mencabar habis la, hmm.
Awak doakan yang terbaik untuk saya, saya akan doakan yang terbaik untuk awak juga. buhbye :')