20140720

Kalau,

Tolong, 
Aku mohon kau jangan tinggalkan aku. Aku tak boleh kalau berjauhan. Aku bukan yang setia orang nya kalau berjauhan. Hm, aku jadi patah hati bila kau nak berjauhan nanti. Sumpah hati aku sayu pilu sakit tak terperi bila dapat tahu apa hajat kau. Bukan aku nak halang, tapi aku mohon buat la keputusan dengan baik sekali. Kalau betul kau mahu juga pergi, kasi tahu awal-awal. Supaya aku boleh siap awal pasal perasaan yang akan mendatang. Aku tak sanggup kalau dapat tahu bila dah sampai masanya. Makin membengkak la mata jadi apa pun aku tak tahu. Katanya, kalau jodoh ada, adalah. Tapi aku nak kau. Cuma kau. Hm, tak mengapalah. Apa pun aku sokong apa saja keputusan kau. Aku tak mampu halang kau. Siapa je aku nak halang kau untuk pergi, kalau keputusan kau dah muktamad kasi tahu awal. Sumpah aku kata kasi tahu awal. Aku tak sanggup. Punya sangat tak sanggup. 




Kalau bukan jodoh, maafkan segala salah silap, ketelanjuran kata, kekasaran bahasa, kebiadapan perangai. Terima kasih sebab pernah buat aku tersenyum gembira. Terima kasih sebab boleh sabar dengan perangai aku. Terima kasih tak terhingga :')

20140719

Salah siapa?

salah siapa tangan saling melepas?
saling melupa padahal hati tak pernah ikhlas.
salah siapa bibir saling memaki?
saling membenci melebur hati sendiri
salah siapa mata menatap sinis?
saling memendam tangis meski hati teriris.
salah siapa kita tak bahagia?
jika ego dan prasangka terus dipuja-puja.

20140718

Kosong.

Apa yang kau mahu, semua ku beri. Apa yang kau mahu, mahu apa lagi?
Bukan aku tak nak tolong. Sayang, sampai bila?
Kalau macam ni gayanya, 3tahun berturut aku kene buat kerja double.


Macam tu? Apa yang aku dapat?





Kosong :/

20140716

Padan muka.









Untuk julung kalinya, kau kecewakan aku lagi. Tapi aku tak tunjuk. Membakar dalam diri ni membuak-buak. Jadi tak luak. Siapa je yang nak pujuk? Siapa yang nampak? Tade siapa.







Tahu dia nak cederakan aku. Lagi.
Balasannya aku 3 bekas kuku yang carik dan bagi kau.


Tamat.

20140715

Ikhlas tapi...

Aku tak sihat? Ya, memang aku tak sihat. 
Aku membengkak di dalam. Memberontak bagai nak jahanam. 

Itu EGO aku paling kuat setakat ni. Suka main pendam pendam. Nak terus terang. Tapi makan masa sebab aku sayang. Tak sanggup nak buat semua tu. Nanti dia kata aku sampai hati buat dia begitu. Sedangkan kalau dia punya pikir 10 kali nak buat aku begitu rupa atau tidak. Alasan kalau bagi memang nak kalahkan aku saja. Tak fikir aku punya pikir lebih dari 10 kali kau punya pikir. Punya nak jaga hati engkau yang satu. Kadang bila fikir balik bodoh jadinya. Tapi benda dah jadi. Nak buat macam mana.

Aku tengok muka kau, aku menangis.
Serious punya air mata keluar. Bukan paksa tapi ikhlas dari hati. Aku tengok muka kau, aku berdoa agar kau yang terakhir dan permudahkan segala urusan dunia akhirat. Aku tak minta lebih, cuma nak kau sedar semua korban aku untuk kau. Sebab kau terlalu bergantung dengan aku. Dan aku runsing kalau aku dah takde nanti. Dengan siapa kau nak bergantung lagi? Kekadang aku habis perah, kau begantung aku habis aku nak bergantung siapa? Aku kecewa seketika. Tapi aku kuat kan juga. Tabah kan hati kasi jangan basi. Aku selalu nasihat diri sendiri supaya selalu kuat. Supaya tak rapuh. Supaya jangan senang jatuh kan air mata. Kasi sorok sikit kalau tak kuat pun. 

Lepas bulan 9,
Aku tak tahu apa akan jadi. Aku redha kalau rezeki tak menyebelahi aku. Dari sekarang aku kene biasakan jarak yang bakal aku hadapi. Kalau asik cerita pasal cinta, pelajaran ntah ke mana. Tak boleh gak sebenarnya. Nak kata aku serik, tapi aku sayang. Semua sebab sayang. Tapi aku takut, tak di hargai. Sebab cara pengahargaan yang di beri bukan seperti kehendak aku. Aku tak tahu mana nak luah. Cuma, Tuhan.

20140714

Mana nak luah?

B tak nak b sakit kan hati sayang.
Ayat memang manis. Tapi aku ni jenis yang tak makan manis. 
Aku sakit aku pendam. Sampai sendiri membengkak dekat dalam.

Tak reti nak terus terang, sebab pesen aku biar aku sendiri membengkak kat dalam. Tu kira korban aku untuk kau la setakat ni. Tak nak kau tahu apa aku tahu. Biar kau yang menguasai. Tengok jauh mana boleh pergi. Banyak makan hati sakit. Ish, tapi memang pesen aku la kalau bab pendam memendam ni. Jangan tanya kenapa. Cuma suka. Lama-lama okay la. Tapi, kalau ingat balik jadi sakit hati sendiri, dada mencucuk cucuk sakit. HAHA *padan muka kau Shiza*

Lepastu, baran kau aku ikutkan saja. Aku gugur kan ego aku kalau sampai tahap baran kau yang aku sendiri takut nak tengok kadang-kadang. Kalau aku ikut ego aku juga, menjadi jadi la baran kau tu. Masing-masing tak nak ngalah. Baik aku yang ngalah. Kan? 

Lagi satu pesen aku, aku tak tahu kenapa tapi apa yang aku perasan aku sering kali kenal dengan lelaki yang ada baran ni. Lepastu jatuh hati dengan lelaki baran ni. Entah kenapa tah walaupun aku tahu, last last aku akan jadi penakut. Tapi aku tertarik dengan baran punya perangai. Lepastu sendiri sakit. HAHA, suka bebeno cari penyakit Shiza ni. 

Tak semua benda aku reti luah guna cara. Aku banyak luah guna doa dalam solat aku saja. Bukan nak riak, cuma nak cerita atau kasi tahu je. Pengalaman mengajar. Tapi aku je tak makan ajar. Macam macam cerita silam mengajar. Tapi tak reti nak amik iktibar. Susah. Tak kuat agaknya. Didikan tak cukup. Kekadang boleh patah macam tu je. Rapuh sangat. Hmm entahlah. Biarlah.

Dah jadi habit. Kalau couple, penyakit cari sendiri sakit sendiri pastu tak tahu mana nak luah. Kalau luah kawan, jadi batu api kadang-kadang. Tak pun jadi bahan ngumpat blakang. Baik sangat mulut aku ni nak bercerita semua benda kat orang. Niat aku nak bercerita kongsi, dah nama pun "kawan". 

Tapi, pesen "kawan" zaman sekarang cakap belakang pasal "kawan" sendiri. Tak kira pasal apa. Kutuk sana sini. Kau ingat aku kebal sangat ke nak tanggung semua benda? Macam tade perasaan atau hati perut langsung.  Tapi apa boleh buat? Lumrah dunia. Kadang kita atas, kadang kita bawah kan? Terima saja lah.

Cakap banyak pun tade guna, sebab semua bermula dari dalam diri sendiri. Tinggal pilih nak jadi mana, jahat ke baik. Kan? 

20140711

Kau yang satu.

This is me.
This is how I live.
This is what I want it to be.
It's complicated, but yet Alhamdulillah syukur.


Aku dapat apa yang aku mahu.
Bukan nak berlagak, cuma nak bagitahu.
DIA aku yang punya. Terima kasih.

Walaupun tak berapa nak public, aku nak korang tahu. Aku sayang dia. Biar la apa orang nak kata. Mulut orang tak boleh nak tutup semua.Aku cuma mengharapkan yang terbaik. Kalau dah dia yang satu. Aku terima seadanya.

Ya, Allah. 
Kalau betul dia jodoh aku, rapat kan aku dengan dia dengan cara yang baik. Kalau dia bukan jodoh aku, jauh kan aku dengan dia cara yang baik juga.
Amin,