20140120

2014: Dunia Kampus


"Setiap orang mempunyai sama warna rambut, tapi lain hati."

Yeah. Sejak aku masuk dalam dunia berkampus ni, macam macam berlaku. 
Paling ketara dalam dunia berkawan. Banyak betul dugaan.

Aku datang dengan "keamanannn"...
HAHA even aku datang dengan "keamanan" pun aku macam pelik gila sebab ada yang dengki. Dengki pasai pa pun tak tahu lah, padahal aku tak pernah cakap belakang pasal mereka pun. Ahh, tak mengapalah. As long as aku tak kacau hidup dorang sudah, biaq pi ah depa nak kata pa.

Even roommate aku pun ada pelbagai jenis perangainya.
Ada yang aku ngam, ada yang tak. Maksud aku bukan aku tak ngam dengan semuanya. Aku okay saja dengan dorang semua. Cuma perangai sesetengah antara mereka.  Kalau aku tak boleh nak ngam, aku diam kan saja. Kalau aku sekepala aku masuk saja. Tapi banyak aku masuk. Yang tak masuk tu, aku buat bodoh je. Nak mengomen kan semua banyak terasa, lepas tu masam muka. Macam hape. Tak serupa 21 umur semuanya.

Enough about "friends".


Kalau post mesti pasal depressed atau sedih-sedih.
Aku pun tak tahu kenapa. Mungkin sebab kalau aku post happy-happy orang dengki. Lepastu orang akan banyak tanya kat aku pasal apa kau happy. Aku malas nak berbicara. Sebab sejak aku masuk dunia berkampus ni aku banyak mulut. At the end, aku sendiri yang terkapai-kapai dan masuk perangkap sendiri. Dan kebanyakkan nya dorang tak nak pun dengar apa yang aku bicarakan. Ye ah, mana tak nya. Punya semangat aku bercerita, boleh dorang menyembang out of my topic. Hell yeah, HAHA.

Sakai, Shiza sakai.
Nahhh here goes to the guy yang tak habis nak maki. Bukan apa, siapa yang tak hangin kalau perempuan kene maki gila vavi. Perempuan tu dah reply sehabis baik tanpa niat nak gaduh, tapi laki tu melenting bagai nak gila. Lepas dah gaduh apa semua, bila tak reply kata gelabah la pengecut la apa la. Eh, macam macam. Lepastu esok nya minta maaf balik. Macam batak sangat je perempuan tu nak maafkan dia en. Lepastu lepastu dia macam tade respect dekat perempuan tu. Lepastu entah ah, sakit pula hati kita mengingatkan nya kembali. Biaq pi la, haaa.

Aku je ke yang rasa rindu dekat dua orang adik aku?
Ke dorang langsung tak ingat aku pun, selalu macam ni la. Aku akan menagih simpati, yeah. Memang akan nampak seperti menagih simpati. Sesimpati habis. Dah terbiasa mungkin. Apa boleh aku buat. Yang Lia nya entah mana hilang. Text tak reply apa semua. Tetibe saja Whatsapp hilang. Twitter hilang. Malas nak tanya Fahim. Confirm dia jawab "Ada je tu. Text je dia." bila aku tanya Faiz, Faiz pun jawab benda yang sama. Aku malas ah nak tehegeh-hegeh dah kalau macam tu. Yang si Arool toksey kata apa ah, dia ada je. Tapi aku tak rasa dia perlukan aku. Dan aku tak rasa dia suka ada kakak macam aku. Ada lagi kakak yang HOT kat luar sana yang dia ngam agaknya. Entah la. Asik pikir pasal dorang je, ada dorang pikir pasal aku? Tunggu birthday je la nanti baru dapat wish, dengan Hari Raya. Tu je la KOT. Itu pun kalau ada la. Kalau takde, takde ah. Sad life kan? Hahhh,

2014

So, dua ribu empat belas aku mengharapkan yang terbaik.
Tapi tengok lah macam mana, dunia berkampus Degree pula tu. Memang mencabar habis la, hmm.
Awak doakan yang terbaik untuk saya, saya akan doakan yang terbaik untuk awak juga. buhbye :')