20140714

Mana nak luah?

B tak nak b sakit kan hati sayang.
Ayat memang manis. Tapi aku ni jenis yang tak makan manis. 
Aku sakit aku pendam. Sampai sendiri membengkak dekat dalam.

Tak reti nak terus terang, sebab pesen aku biar aku sendiri membengkak kat dalam. Tu kira korban aku untuk kau la setakat ni. Tak nak kau tahu apa aku tahu. Biar kau yang menguasai. Tengok jauh mana boleh pergi. Banyak makan hati sakit. Ish, tapi memang pesen aku la kalau bab pendam memendam ni. Jangan tanya kenapa. Cuma suka. Lama-lama okay la. Tapi, kalau ingat balik jadi sakit hati sendiri, dada mencucuk cucuk sakit. HAHA *padan muka kau Shiza*

Lepastu, baran kau aku ikutkan saja. Aku gugur kan ego aku kalau sampai tahap baran kau yang aku sendiri takut nak tengok kadang-kadang. Kalau aku ikut ego aku juga, menjadi jadi la baran kau tu. Masing-masing tak nak ngalah. Baik aku yang ngalah. Kan? 

Lagi satu pesen aku, aku tak tahu kenapa tapi apa yang aku perasan aku sering kali kenal dengan lelaki yang ada baran ni. Lepastu jatuh hati dengan lelaki baran ni. Entah kenapa tah walaupun aku tahu, last last aku akan jadi penakut. Tapi aku tertarik dengan baran punya perangai. Lepastu sendiri sakit. HAHA, suka bebeno cari penyakit Shiza ni. 

Tak semua benda aku reti luah guna cara. Aku banyak luah guna doa dalam solat aku saja. Bukan nak riak, cuma nak cerita atau kasi tahu je. Pengalaman mengajar. Tapi aku je tak makan ajar. Macam macam cerita silam mengajar. Tapi tak reti nak amik iktibar. Susah. Tak kuat agaknya. Didikan tak cukup. Kekadang boleh patah macam tu je. Rapuh sangat. Hmm entahlah. Biarlah.

Dah jadi habit. Kalau couple, penyakit cari sendiri sakit sendiri pastu tak tahu mana nak luah. Kalau luah kawan, jadi batu api kadang-kadang. Tak pun jadi bahan ngumpat blakang. Baik sangat mulut aku ni nak bercerita semua benda kat orang. Niat aku nak bercerita kongsi, dah nama pun "kawan". 

Tapi, pesen "kawan" zaman sekarang cakap belakang pasal "kawan" sendiri. Tak kira pasal apa. Kutuk sana sini. Kau ingat aku kebal sangat ke nak tanggung semua benda? Macam tade perasaan atau hati perut langsung.  Tapi apa boleh buat? Lumrah dunia. Kadang kita atas, kadang kita bawah kan? Terima saja lah.

Cakap banyak pun tade guna, sebab semua bermula dari dalam diri sendiri. Tinggal pilih nak jadi mana, jahat ke baik. Kan?