20140715

Ikhlas tapi...

Aku tak sihat? Ya, memang aku tak sihat. 
Aku membengkak di dalam. Memberontak bagai nak jahanam. 

Itu EGO aku paling kuat setakat ni. Suka main pendam pendam. Nak terus terang. Tapi makan masa sebab aku sayang. Tak sanggup nak buat semua tu. Nanti dia kata aku sampai hati buat dia begitu. Sedangkan kalau dia punya pikir 10 kali nak buat aku begitu rupa atau tidak. Alasan kalau bagi memang nak kalahkan aku saja. Tak fikir aku punya pikir lebih dari 10 kali kau punya pikir. Punya nak jaga hati engkau yang satu. Kadang bila fikir balik bodoh jadinya. Tapi benda dah jadi. Nak buat macam mana.

Aku tengok muka kau, aku menangis.
Serious punya air mata keluar. Bukan paksa tapi ikhlas dari hati. Aku tengok muka kau, aku berdoa agar kau yang terakhir dan permudahkan segala urusan dunia akhirat. Aku tak minta lebih, cuma nak kau sedar semua korban aku untuk kau. Sebab kau terlalu bergantung dengan aku. Dan aku runsing kalau aku dah takde nanti. Dengan siapa kau nak bergantung lagi? Kekadang aku habis perah, kau begantung aku habis aku nak bergantung siapa? Aku kecewa seketika. Tapi aku kuat kan juga. Tabah kan hati kasi jangan basi. Aku selalu nasihat diri sendiri supaya selalu kuat. Supaya tak rapuh. Supaya jangan senang jatuh kan air mata. Kasi sorok sikit kalau tak kuat pun. 

Lepas bulan 9,
Aku tak tahu apa akan jadi. Aku redha kalau rezeki tak menyebelahi aku. Dari sekarang aku kene biasakan jarak yang bakal aku hadapi. Kalau asik cerita pasal cinta, pelajaran ntah ke mana. Tak boleh gak sebenarnya. Nak kata aku serik, tapi aku sayang. Semua sebab sayang. Tapi aku takut, tak di hargai. Sebab cara pengahargaan yang di beri bukan seperti kehendak aku. Aku tak tahu mana nak luah. Cuma, Tuhan.