20140720

Kalau,

Tolong, 
Aku mohon kau jangan tinggalkan aku. Aku tak boleh kalau berjauhan. Aku bukan yang setia orang nya kalau berjauhan. Hm, aku jadi patah hati bila kau nak berjauhan nanti. Sumpah hati aku sayu pilu sakit tak terperi bila dapat tahu apa hajat kau. Bukan aku nak halang, tapi aku mohon buat la keputusan dengan baik sekali. Kalau betul kau mahu juga pergi, kasi tahu awal-awal. Supaya aku boleh siap awal pasal perasaan yang akan mendatang. Aku tak sanggup kalau dapat tahu bila dah sampai masanya. Makin membengkak la mata jadi apa pun aku tak tahu. Katanya, kalau jodoh ada, adalah. Tapi aku nak kau. Cuma kau. Hm, tak mengapalah. Apa pun aku sokong apa saja keputusan kau. Aku tak mampu halang kau. Siapa je aku nak halang kau untuk pergi, kalau keputusan kau dah muktamad kasi tahu awal. Sumpah aku kata kasi tahu awal. Aku tak sanggup. Punya sangat tak sanggup. 




Kalau bukan jodoh, maafkan segala salah silap, ketelanjuran kata, kekasaran bahasa, kebiadapan perangai. Terima kasih sebab pernah buat aku tersenyum gembira. Terima kasih sebab boleh sabar dengan perangai aku. Terima kasih tak terhingga :')